Pages

Dec 12, 2011

Piagam Pelanggan Jabatan Alam Sekitar

MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

“PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR – TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
“Kami semua adalah peka, prihatin dan sentiasa mengkaji semula setiap peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, piawaian, prosedur dan budaya kerja kami supaya tidak menjejaskan atau membawa kepada kesan-kesan negatif kepada pertumbuhan pembangunan yang berterusan;malah kami akan membawa pelbagai pembaharuan yang mungkin, untuk bersama-sama mencapai matlamat WAWASAN 2020 menerusi piagam pelanggan berikut:”

KELULUSAN PERANCANGAN PROJEK
  • Keputusan permohonan Kebenaran Bertulis untuk membina Premis-Premis Yang Ditetapkan   (Buangan Terjadual) dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan permohonan Kelulusan Bertulis untuk memasang alat-alat pembakaran bahan api dan alat-alat kawalan pencemaran udara dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Awal yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Terperinci yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 12 minggu.
  • Keputusan Permohonan Penilaian Awal Tapak bagi pembinaan kilang baru dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
PENGELUARAN LESEN / KELULUSAN
  • Keputusan permohonan lesen baru bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual
  • dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan pengeksportan buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 hari setelah menerima persetujuan daripada negara pengimport dan negara transit.
  • Keputusan permohonan mengimport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu
  • Keputusan permohonan untuk mengimport dan mengeksport bahan kimia yang dikawal di bawah Konvensyen Rotterdam dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan pengurusan khas buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang getah asli mentah dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang getah asli mentah dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang kelapa sawit dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang kelapa sawit dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan kelulusan jenis (type approval) bagi kenderaan berenjin petrol, diesel dan motorsikal dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
PENGUATKUASAAN
  • Semua aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipertingkatkan secara berterusan dan diperketatkan untuk menjamin pematuhan maksimum dan dijalankan dengan tegas, penuh adil dan saksama.
  • Setiap kompaun dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh 1 minggu.
  • Semua kes tindakan mahkamah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penyiasatan atau tarikh kesalahan dilakukan.
PENGADUAN AWAM
  • Semua kes aduan disalurkan kepada pejabat JAS Negeri atau agensi-agensi lain yang berkaitan untuk tindakan penyiasatan pada hari yang sama aduan diterima.
  • Akuan penerimaan dikeluarkan pada hari yang sama aduan diterima.
  • Pengadu diberi maklum balas status aduan berkenaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
  • Semua kes aduan berkaitan alam sekitar diuruskan secepat mungkin dan diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 30 hari
  • Aduan kecemasan alam sekitar seperti kes tumpahan minyak di laut dan pembuangan buangan terjadual akan disalurkan sebaik sahaja aduan diterima kepada pejabat JAS Negeri atau Cawangan dan Pusat Penyelarasan
  • Penguatkuasaan Maritim (kes tumpahan minyak sahaja).
PERHUBUNGAN AWAM
  • Layanan kepada semua pelawat diberikan dengan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh 5 minit dengan penuh hormat dan bersopan santun.
  • Semua temujanji dengan pegawai menepati masa. Temujanji yang perlu ditunggu atau diubah masa diberitahu dan tetamu akan diberi bahan-bahan bacaan terbitan JAS sementara menunggu.
  • Maklumat data kualiti udara, air dan marin yang dipohon secara bertulis dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima
PENGURUSAN KEWANGAN
  • Semua pungutan hasil diuruskan segera dan resit dikeluarkan serta-merta.
  • Bayaran bil dibuat dalam tempoh 14 hari.
 (Sumber Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

untuk pencapaian Jabatan Alam Sekitar mengenai Piagam Pelanggan
http://www.doe.gov.my/portal/my/client-charter/pencapaian-piagam-pelanggan/

No comments:

Post a Comment