Dasar Alam Sekitar                   
Dasar Alam Sekitar 
Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial
 dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi 
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah 
untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi 
generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan
 semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua 
sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang 
lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan 
matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
- Pengawasan Alam Sekitar
 - Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
 - Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
 - Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
 - Membuat Keputusan Bersepadu
 - Peranan Sektor Swasta
 - Komitment dan Kebertanggungjawaban
 - Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
 
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan 
mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan
 dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan 
ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan 
memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam 
sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar 
perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan 
konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Muat Turun: Dasar Alam Sekitar Negara
(SUMBER DARI JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA) 
No comments:
Post a Comment