MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN
“PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR – TANGGUNGJAWAB BERSAMA” 
“Kami semua adalah peka, prihatin dan 
sentiasa mengkaji semula setiap peruntukan undang-undang, peraturan, 
kaedah, piawaian, prosedur dan budaya kerja kami supaya tidak 
menjejaskan atau membawa kepada kesan-kesan negatif kepada pertumbuhan 
pembangunan yang berterusan;malah kami akan membawa pelbagai pembaharuan
 yang mungkin, untuk bersama-sama mencapai matlamat WAWASAN 2020 
menerusi piagam pelanggan berikut:”
KELULUSAN PERANCANGAN PROJEK
- Keputusan permohonan Kebenaran Bertulis untuk membina Premis-Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
 - Keputusan permohonan Kelulusan Bertulis untuk memasang alat-alat pembakaran bahan api dan alat-alat kawalan pencemaran udara dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
 - Keputusan ke atas Laporan EIA Awal yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu.
 - Keputusan ke atas Laporan EIA Terperinci yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 12 minggu.
 - Keputusan Permohonan Penilaian Awal Tapak bagi pembinaan kilang baru dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
 
PENGELUARAN LESEN / KELULUSAN
- Keputusan permohonan lesen baru bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual
 - dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
 - Keputusan permohonan pembaharuan lesen bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
 - Keputusan permohonan pengeksportan buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 hari setelah menerima persetujuan daripada negara pengimport dan negara transit.
 - Keputusan permohonan mengimport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu
 - Keputusan permohonan untuk mengimport dan mengeksport bahan kimia yang dikawal di bawah Konvensyen Rotterdam dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
 - Keputusan permohonan pengurusan khas buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
 - Keputusan permohonan lesen baru kilang getah asli mentah dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
 - Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang getah asli mentah dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
 - Keputusan permohonan lesen baru kilang kelapa sawit dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
 - Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang kelapa sawit dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
 - Keputusan permohonan kelulusan jenis (type approval) bagi kenderaan berenjin petrol, diesel dan motorsikal dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
 
PENGUATKUASAAN
- Semua aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipertingkatkan secara berterusan dan diperketatkan untuk menjamin pematuhan maksimum dan dijalankan dengan tegas, penuh adil dan saksama.
 - Setiap kompaun dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh 1 minggu.
 - Semua kes tindakan mahkamah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penyiasatan atau tarikh kesalahan dilakukan.
 
PENGADUAN AWAM
- Semua kes aduan disalurkan kepada pejabat JAS Negeri atau agensi-agensi lain yang berkaitan untuk tindakan penyiasatan pada hari yang sama aduan diterima.
 - Akuan penerimaan dikeluarkan pada hari yang sama aduan diterima.
 - Pengadu diberi maklum balas status aduan berkenaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
 - Semua kes aduan berkaitan alam sekitar diuruskan secepat mungkin dan diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 30 hari
 - Aduan kecemasan alam sekitar seperti kes tumpahan minyak di laut dan pembuangan buangan terjadual akan disalurkan sebaik sahaja aduan diterima kepada pejabat JAS Negeri atau Cawangan dan Pusat Penyelarasan
 - Penguatkuasaan Maritim (kes tumpahan minyak sahaja).
 
PERHUBUNGAN AWAM
- Layanan kepada semua pelawat diberikan dengan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh 5 minit dengan penuh hormat dan bersopan santun.
 - Semua temujanji dengan pegawai menepati masa. Temujanji yang perlu ditunggu atau diubah masa diberitahu dan tetamu akan diberi bahan-bahan bacaan terbitan JAS sementara menunggu.
 - Maklumat data kualiti udara, air dan marin yang dipohon secara bertulis dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima
 
PENGURUSAN KEWANGAN
- Semua pungutan hasil diuruskan segera dan resit dikeluarkan serta-merta.
 - Bayaran bil dibuat dalam tempoh 14 hari.
 
untuk pencapaian Jabatan Alam Sekitar mengenai Piagam Pelanggan
http://www.doe.gov.my/portal/my/client-charter/pencapaian-piagam-pelanggan/